hiii suma....
jom cita2 hari ne...
penah dgr pasai diet atkins x??
mehh nak cita skit...
*****************************************************************************************************
-Diet Atkins lebihkan sumber Protien daripada karbohidrat-
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang
diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu
seseorang individu untuk mengurangkan berat badan
konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan
berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan
akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti
berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate
diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan
pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan
protein mampu menghilangkan berat badan yang
berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4
peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin
dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing
impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau
lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins
Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak
pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda
lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama
2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6
bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan
berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau
lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau
kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSA, SPAGETTI,
FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai
, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah,
madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas
(coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos,
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira
kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng,
bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-
*****************************************************************************************************
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam,
goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri,
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay
grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc.
Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak
merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam
sawi, bayam, salad, timun...
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah,
makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi
orang yang tak perlu diet...
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan
multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan
kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam.
Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng
******************************************************************************************
haaa...gitu la citanya.. paham x???hehehehe
aku penah amal diet ne..pling lama 2 bulan.
memang menjadi diet ne kt aku.. dlm masa 2 bulan tuhh
turun la 6kg.walaupun x byk cm org lain ttp da hasil kn....
syokk 0oooo..berat turun ~.~
tapi masalah 1 ja bila amal diet ne( bagi aku k) aku akan
jadi alergik dekat leher @ belakang badan..
huhuhuhu..penuhhh wehh jadi peta dunia dah..
aku wt diet ne 3x k:
2bulan -> alergik -> stop
sebulan -> alergik-> stop
3mingu -> alergik-> stop
punca yang dikenal pasti selepas analisis ketiga2 keadaan:
1.telur
2.ayam
haaa...ne la punca alergik aku tuhh..kan time diet ne x bleh makan nasi etc jadi aku mg makan ayam dgn telo ja la.. makan ayam kenyang skit dari mkn ikan..
mula2 jadi mg x syak lagi sbb pa jadi cmtuhh.. dh tuhh pulun gk trus diett tuhh..lama2 x thn gatai aku stop la.. xlarat p hospital ambik ubat..kena cucuk.. +_+
bila dh baik alergik aku wt balik diet.then jadi balik smpai 3x aku pn pk la bila wt diet ne ja msti alergik..dh 2 aku mkn ayam telo sayur ja.. mg aku syak la sbb ayam dgn telo ne.. sbb sayur x mgkin kot...hahaha
bila stop x ambik ayam & telo trus baik alergik tuhh...
so ambik kptsn stop ja walaupun bleh kurus..mls dh seksa badan..dgn berparut2..dh 1 keja nak cari ubat parut utk "peta dunia aku ne pla"
lani aku diet cara aku ja..
diet "ikut dan"...hahahaha...
keciwaaa wehh... sbb "diet ikut dan" wt berat nik balik +_+
waaaa..nak kurus!!!
nak rayaaa dah ne..............